About Me

My photo
Bismillahirrahmanirrahim. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi ilmu & apa jua ilmu pengetahuan di dalam blog ini.
SENARAI TANGGUNGJAWAB 
GURU PEMIMPIN\PENASIHAT  

________________________________________________________
Berikut adalah senarai tugas dan tanggungjawab yang perlu diketahui oleh 
seseorang guru penasihat:- 

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK baru.  
2. Memastikan ada perlembagaan atau peraturan  
3. Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif sekolah  
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang terkandung dalam 
perlembagaan atau peraturan  

5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar  
6. Memastikan aktiviti berjalan seperti yang dirancang  
7. Memikirkan strategi untuk peningkatan kecemerlangan pelajar\pasukan  

8. Memastikan kewangan persatuan\ kelab\unit diurus dengan baik dan 
beretika perlukan tindakan\perhatian\semakan\
penyiasatan pihak pentadbir  


9. Memastikan tidak ada kutipan kewangan tanpa melalui mesyuarat AJK dan 
tanpa keluluskan oleh pihak pentadbir  
10. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan  
11. Membuat laporan lengkap atau surat rasmi 
mengenai sebarang kejadian yang 


12. Memastikan bahawa pasukan yang guru anggotai sebagai penasihat adalah 
berdaftar dan diluluskan oleh pihak pentadbir  
13. Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah,daerah,bahagian 
atau yang lebih tinggi  
14. Memohon kebenaran kepada ibu bapa\penjaga pelajar melalui pengurusan 
sekolah jika khidmat\kepakaran\kebolehan mana-mana pelajar diperlukan di 
luar sekolah  

15. Bersedia untuk menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan pelajar 
tanpa mengira peringkat pertandingan\pengelolaan\anjuran\projek\lawatan 
dan sebagainya  
16. Memastikan aktiviti yang disertai di mana-mana peringkat adalah diakui oleh 
Kementerian Pelajaran Malaysia atau wakilnya  
17. Bertanggungjawab merekodkan penglibatan dan pencapaian pelajar  

18. Memastikan unit yang dipimpin itu berada dalam keadaan harmoni  
19. Memastikan ruang dan aktiviti adalah selamat untuk pelajar melakukan 
sebarang penyertaan atau penglibatan dalam apa juga situasi  
20. Memberi kebenaran kepada ahli yang berkebolehan\menunjukkan bakat 
untuk menyertai aktiviti mana-mana unit\kelab\persatuan yang mana 
difikirkan atau dikehendaki ahli berkanaan  untuk mewakili 
sekolah\daerah\bahagian dan peringkat yang lebih tinggi  

21. Memastikan batas aktiviti\perkumpulan\penglibatan mengikut kesesuaian 
norma jantina pelajar dan kesesuaian berpakaian  
22. Memastikan semua pelajar tidak terkecuali daripada melakukan aktiviti 
kecuali mengikut keadaan yang wajar  
23. Menanda rekod kehadiran\buku rekod kehadiran ahli  

24. Menhgadiri mesyuarat\kursus\taklimat berkaitan dengan unit  
25. Memastikan tidak ada unsur khianat\penganiayaan\deskriminasi terhadap ahli 
26. Memastikan tidak ada unsur subersif tersebar di kalangan ahli  

27. Mencadang dan memberikan penghargaan kepada ahli yang berketrampilan  
28. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program  
29. Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan perjawatan ketika 
melakukan tugasnya sebagai guru penasihat\pembimbing.  

30. Bekerjasama dan menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Guru Besar 

Sekian. 
___________________________________________________________

Perlembagaan Persatuan/Kelab Dan Badan Beruniform
Nama : Kelab Sofbol.
Tempat Aktiviti dijalankan : Padang Brass.
Alamat : SMK Bukit Rambai, Bukit Rambai, 75250 Melaka.

Objektif Organisasi :
a) Memperkenalkan dan melatih murid-murid melibatkan diri dalam 
satu organisasi sebagai pemimpin atau pengikut.

b) Mengenal , memahami dan menerima dan
 mempraktikkan peraturan organisasi.

c) Menghubungkan maklumat/ pengetahuan
 kurikulum dan ko-kurikulum .

d) Membina/mebentuk perkembangan individu yang seimbang dari segi
 jasmani ,emosi dan rohani .

Keanggotaan:
keahlian organisasi terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5 
SMK Bukit Rambai.

Jawatankuasa Organisasi:

a. Pengerusi
b. Naib Pengerusi
c. Setiausaha
d. Naib Setiausaha
e. Bendahari
f. 5 Orang ahli Jawatankuasa.
g. 2 Orang pemeriksa kira-kira.

Aktiviti organisasi adalah selaras dengan dasar pendidikan negara,
tidak bercanggah dengan prinsip rukun negara. 
Ia juga adalah selaras dengan objektif Khusus Organisasi.

_______________________________________________________________
Mari kenali guru-guru penasihat kami & 
pelajar-pelajar Kelab Sofbol
di SMKBR .

Guru Penasihat 
  • Puan Zuriwaniati Binti Mohamad Zaini.
  • Puan Chuo Sook Yan.
  • Puan Goh Chui Yan.
  • En. Roslan Bin Md Yusop.

________________________________________________________________

Ahli Jawatan Kuasa

Pengerusi : 
Muhammad Shahir Bin Kamarulzaman ( 5 PD 2 )

Naib Pengerusi :
Muhammad Shakir Bin Sidek ( 4 AKAUN 1 )

Setiausaha :
Hazirah Binti Mohamed Nasir ( 5 SAINS 1 )

Naib Setiausaha :
Nurul Najiha Binti Abdul Wahid ( 5 ICT )

Bendahari :
Nurul Fatihah binti Norhassin ( 5 SAINS 2 )

Naib Bendahari :
Nur Fadhilah Binti Abdul Wahid ( 5 SAINS 2 )

AJK-AJK :
  • M.Ariffaie Bin Abd. Raman ( 5 PD 1 )
  • Nini Nur Aishah bt Mohd Adam ( 5 SAINS 1 )
  • Muhammad Akmal bin Jaafar ( 4 AKAUN 2 )
  • Hanis Binti Ahmad Kamal ( 4 SN. TEKNIKAL )